May 2022

Pembentangan Kertas Cadangan Program iltizam Huffaz kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Secara dalam Talian

Pihak YIPP telah diberikan kesempatan untuk membentangkan kertas cadangan Program Iltizam Huffaz dan mendapat maklum balas yang positif daripada Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang. Keputusan JK Fatwa akan diperolehi pada mesyuarat seterusnya.

Pembentangan Kertas Cadangan Program iltizam Huffaz kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Secara dalam Talian Read More »

Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu Pulau Pinang Mengajar

Ujian saringan ini dilakukan di tiga lokasi iaitu di PPR Jalan Sungai, SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak dan SAR Al-Amin, Nibong Tebal. Ujian saringan pengambilan pelajar baharu Program Pulau Pinang Mengajar dilakukan bagi memperluaskan program Pulau Pinang Mengajar kepada pelajar-pelajar serta meningkatkan kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira(3M) dalam kalangan pelajar yang sedang berada dalam keluarga B40.

Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu Pulau Pinang Mengajar Read More »

Perbincangan bersama Pengetua SK Tan Sri P. Ramlee, George Town

Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah melakukan perbincangan bersama Pengetua SK Tan Sri P.Ramlee, George Town untuk mempromosikan Kelas Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai. Perbincangan ini bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu di SK Tan Sri P. Ramlee. Perjumpaan ini membuahkan kesan yang positif dengan keterbukaan pihak sekolah

Perbincangan bersama Pengetua SK Tan Sri P. Ramlee, George Town Read More »

Perbincangan bersama Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM

Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pihak Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) pada pagi tadi. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Yayasan Islam Pulau Pinang dan seterusnya mendapatkan peluang jalinan kerjasama untuk memperkasa pembangunan Ummah dan Syiar Islam di Pulau Pinang.

Perbincangan bersama Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM Read More »

Perbincangan bersama Pengerusi MPKK Kampung Melayu, Air Itam

Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah menerima pelawaan daripada pihak MPKK Kampung Melayu, Air Itam untuk mengadakan perbincangan bagi membuka Kelas Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam. Ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi pelajar dalam komuniti khususnya di Pulau Pinang perlu dibantu.Selain itu, perbincangan ini juga dirangka dengan tujuan mengukuhkan hubungan antara komuniti

Perbincangan bersama Pengerusi MPKK Kampung Melayu, Air Itam Read More »

Perbincangan Bersama George Town World Heritage Incorporated

Satu perbincangan telah diadakan di antara Penang Hajj Gallery dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) di Pejabat GTWHI, Lebuh Armenian. Encik Mohd Fitri Ibrahim selaku Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) turut menghadiri sesi perbincangan ini bagi membincangkan pelan cadangan dan kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama dengan pihak GTWHI bagi sambutan Hari Warisan

Perbincangan Bersama George Town World Heritage Incorporated Read More »

Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Menengah Pulau Pinang Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang

Sebagai tanda penghargaan pada insan yang bergelar guru, Yayasan Islam Pulau Pinang telah menganjurkan majlis sambutan Hari Guru peringkat KAFA Menengah Pulau Pinang bertempat di Auditorium SIRIM, Bandar Baru Perda. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Basid bin Ramli, Pengarah SIRIM Wilayah Utara. Majlis ini kemudiannya berakhir dengan sesi Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan

Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Menengah Pulau Pinang Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang Read More »