Pengenalan Pulau Pinang Mengajar

Program “Pulau Pinang Mengajar” merupakan inisiatif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dalam memperkasa pendidikan anak-anak negeri Pulau Pinang. Masalah literasi dan numerasi dalam kalangan masyarakat masih menjadi cabaran utama dalam sistem pendidikan negara khususnya di Pulau Pinang. Isu penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah masih lagi menjadi permasalahan dalam dunia  pendidikan. Kesukaran dalam membaca, menulis, dan mengira kemahiran asas dua subjek utama boleh memberi kesan kepada masa depan mereka. Sehubungan itu, program “Pulau Pinang Mengajar” diperkenalkan sebagai satu inisiatif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bagi memperkasa pendidikan anak-anak negeri Pulau Pinang.

Program ini bertujuan untuk menyediakan kelas bimbingan berkualiti kepada pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka Program Pulau Pinang Mengajar anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang(MAINPP), Zakat MAINPP, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bermatlamat untuk membantu anak-anak golongan asnaf B40 meningkatkan tahap kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

SK PERMATANG DAMAR LAUT
SK PENGKALAN JAYA
FLAT UDA, TANJONG TOKONG
SAR AL- AMIN
NIBONG TEBAL
DEWAN MPKK KAMPUNG MELAYU, AIR ITAM
SURAU AL-NAWAWI TAMAN SERI AKASIA
SK KUALA PERAI
Kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA)