Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu Pulau Pinang Mengajar

Ujian saringan ini dilakukan di tiga lokasi iaitu di PPR Jalan Sungai, SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak dan SAR Al-Amin, Nibong Tebal. Ujian saringan pengambilan pelajar baharu Program Pulau Pinang Mengajar dilakukan bagi memperluaskan program Pulau Pinang Mengajar kepada pelajar-pelajar serta meningkatkan kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira(3M) dalam kalangan pelajar yang sedang berada dalam keluarga B40. Setelah program ini berlangsung selama 3 tahun pengambilan pelajar yang baharu diperlukan untuk menggantikan pelajar yang telah meningkat ke sekolah menengah.

Alhamdulillah, hasil daripada ujian ini seramai 112 pelajar baru telah didaftarakn sebagai pelajar yang baharu dalam Program Pulau Pinang Mengajar bagi pengambilan tahun 2022.