Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah menerima pelawaan daripada pihak MPKK Kampung Melayu, Air Itam untuk mengadakan perbincangan bagi membuka Kelas Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam. Ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi pelajar dalam komuniti khususnya di Pulau Pinang perlu dibantu.
Selain itu, perbincangan ini juga dirangka dengan tujuan mengukuhkan hubungan antara komuniti MPKK Kampung Melayu dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Perbicangan ini membuahkan hasil dengan persetujuan bersama untuk membuka kelas PPM di Kampung Melayu dengan kerjasama MPKK Kampung Melayu. Perbincangan ujian saringan dan pemilihan pelajar akan dilakukan dalam masa terdekat.