Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Menengah Pulau Pinang Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang

Sebagai tanda penghargaan pada insan yang bergelar guru, Yayasan Islam Pulau Pinang telah menganjurkan majlis sambutan Hari Guru peringkat KAFA Menengah Pulau Pinang bertempat di Auditorium SIRIM, Bandar Baru Perda. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Basid bin Ramli, Pengarah SIRIM Wilayah Utara.

Majlis ini kemudiannya berakhir dengan sesi Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Tuan Amran bin. Hazali , Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang dan Professor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Ribuan terima kasih diucapkan kepada SIRIM dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga penganjuran majlis ini mampu mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah yang terjalin antara semua pihak.