Pengenalan Iltizam Huffaz

Program Iltizam Huffaz merupakan inisiatif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dengan sokongan dana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui penyaluran Zakat MAINPP yang menyediakan kelas persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara fast-track kepada pelajar tahfiz berusia 17 tahun ke atas.

Program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar tahfiz yang tidak mempunyai latar belakang formal dalam Kurikulum SPM untuk memperoleh kelayakan akademik kebangsaan tanpa menjejaskan hafazan al-Quran yang telah dimiliki. Tenaga Pengajar yang digunakan merupakan Jurulatih Utama di Peringkat Negeri Pulau Pinang dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Objektif Iltizam Huffaz

Memastikan pelajar tahfiz di Pulau Pinang menduduki dan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Membantu lepasan institut tahfiz di Negeri Pulau Pinang mendapat peluang pekerjaan sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta dengan adanya sijil SPM.

Membantu mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan kebolehpasaran lepasan institut tahfiz di Pulau Pinang.

Lokasi Iltizam Huffaz

Bangunan Wakaf Seete Aisah, Seberang Jaya
Pelajar
0
Guru
0