Perbincangan bersama Pengetua SK Tan Sri P. Ramlee, George Town

Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah melakukan perbincangan bersama Pengetua SK Tan Sri P.Ramlee, George Town untuk mempromosikan Kelas Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai. Perbincangan ini bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu di SK Tan Sri P. Ramlee.

Perjumpaan ini membuahkan kesan yang positif dengan keterbukaan pihak sekolah sudi bekerjasama dengan pihak YIPP. Usaha ini diharapkan akan berteruskan untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu dalam komuniti khususnya pada golongan keluarga B40.