Perbincangan bersama Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM

Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pihak Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) pada pagi tadi. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Yayasan Islam Pulau Pinang dan seterusnya mendapatkan peluang jalinan kerjasama untuk memperkasa pembangunan Ummah dan Syiar Islam di Pulau Pinang.