Tabung Kebajikan dan Pendidikan Yayasan Islam Pulau Pinang adalah inisiatif YIPP untuk memelihara, membangun dan memperbaiki pendidikan dan semua jenis pembelajaran, terutamanya dalam pewujudan dan penyenggaraan biasiswa serta peruntukan pinjaman tanpa faedah atau subsidi kepada para pelajar yang layak tanpa mengira bangsa dan agama untuk membolehkan mereka menyempurnakan pendidikan di sekolah – sekolah, kolej atau universiti – universiti atau untuk membolehkan mereka belajar atau memperolehi sebarang kemahiran di mana – mana institusi atau pertubuhan vokasional dan profesional;
Selain itu, tabung ini juga untuk membantu, menolong dan meringankan beban kepada orang – orang awam yang miskin dan daif tanpa mengira bangsa, agama atau umur, kesihatan, tidak bernasib baik atau lemah sepenuhnya atau sebahagian, tidak berupaya untuk menjaga diri mereka atau tanggungan mereka terutamanya janda, anak – anak yatim, mangsa kebakaran, banjir, kebuluran perang dan bencana atau mereka yang memerlukan pemulihan dari segi sosial dan moral atau kebajikan.