Pengenalan Galeri Haji Pulau Pinang

Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran. Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pejabat urusan tiket kapal haji pada tahun 1900-an. Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam “core zone” Tapak Warisan Dunia, George Town. 

Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima 10,000 orang pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara. Pada tahun 2022, Yayasan Islam Pulau Pinang telah menerima Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

GALERI HAJI PULAU PINANG

87, Lebuh Acheh, George Town,
10200 George Town, Pulau Pinang

Isnin – Jumaat
9.00 am – 4.30 pm
0
Pelawat
Kunjungan Mutiara FM

Penang Hajj Gallery menerima kunjungan daripada MUTIARAfm – RTM Pulau Pinang dengan celoteh DJ Laily,...