Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Majlis Perasmian Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar Kampung Melayu, Air Itam. Mhalis ini dirasmikan oleh YB Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Infrastruktur dan Pengangkutan) dan juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Encik Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang.
Turut hadir bersama, YB Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Hussain, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan) juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang, YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Joseph Ng Soon Siang, ADUN Air Itam, Yang Berusaha Encik Fakhrulrazi bin Ibnu Omar, Wakil Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Encik Asri bin Ahmad, Penghulu Kawasan Daerah Timur Laut, Yang Berusaha Encik Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang, Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Buhari, Pengerusi MPKK Kampung Melayu, ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan serta Sukarelawan Yayasan Islam Pulau Pinang.
Majlis ini turut dihadiri oleh 13 orang tenaga sukarelawan dari 4 lokasi PPM dan melibatkan seramai 14 orang pelajar di lokasi PPM Kampung Melayu. Dengan bantuan sukarelawan dan pelajar Pulau Pinang Mengajar semua lokasi, program ini telah berjaya berlangsung dengan sempurna. Tujuan program ini adalah untuk membantu lebih ramai pelajar dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).