Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-65 Tahun 2022

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65. Program ini melibatkan semua pelajar PPM di 4 lokasi program Pulau Pinang Mengajar iaitu di SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak, SAR Al-Amin, Nibong Tebal, PPR Jalan Sungai, dan Dewan MPKK Kampung Melayu.

Majlis ini turut dibantu oleh 13 orang tenaga sukarelawan dan melibatkan seramai 133 orang pelajar di semua lokasi PPM. Dengan bantuan sukarelawan dan pelajar Pulau Pinang Mengajar semua lokasi, program ini telah berjaya berlangsung dengan sempurna. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara.

Antara objektif lain, pelaksanaan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin di antara pelajar, sukarelawan YIPP dan pihak YIPP. Selain itu, Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan mengetahui tarikh kemerdekaan. Seterusnya adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalani aktiviti berbentuk bebas dan kreatif.