Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban untuk Duafa’ bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Sebahagian daging korban tersebut telah diagihkan kepada pelajar Pulau Pinang Mengajar di lokasi Padang Cempedak. Majlis ini dilaksanakan pada 12 Julai 2022 bersamaan 12 Zulhijjah 1443H bertempat di Masjid Ar-Rahman, Padang Cempedak, Tasek Gelugor.
Majlis ini turut dibantu oleh 8 orang tenaga sukarelawan dan 10 orang daripada kakitangan YIPP. Dengan kerjasama pihak masjid serta waris pelajar Pulau Pinang Mengajar di lokasi Padang Cempedak, agihan daging korban ini telah berjaya diagihkan kepada anak qariah Padang Cempedak dengan sempurna. Tujuan program ini adalah unutk menyemarakkan hubungan silaturahim di antara anggota sukarelawan, wakil-wakil komuniti serta pihak YIPP.
Antara objektif lain pelaksanaan Majlis Ibadah Korban untuk Duafa’ Pulau Pinang Mengajar adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin di antara waris pelajar, para sukarelawan YIPP dan pihak YIPP melalui program ini. Selain itu, ini adalah salah satu usaha daripada pihak YIPP menyantuni golongan luar bandar khususnya duafa’ dan pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah (B40). Seterusnya adalah untuk meraikan penglibatan dan sumbangan sukarelawan, serta waris dan pelajar yang telah bersama-sama menjayakan objektif program ini sepanjang pelaksanaan program ini dijalankan.