Kayuhan Ambang Merdeka dan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Khaira Ummah 2030

Program Kayuhan Ambang Merdeka dan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Khaira Ummah 2030 adalah merupakan salah satu program di bawah A3 iaitu Belia dan Masjid yang bertujuan untuk mengaktifkan biro belia sama ada di masjid dan surau.

Objektif

  • Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan antara program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diadakan setiap tahun.
  • Tujuan majlis ini diadakan adalah melahirkan semangat patriotik dalam diri seterusnya masyarakat di samping mengenang jasa pahlawan negara yang berjuang mempertahankan negara Malaysia.
  • Program ini juga adalah himpunan biro belia masjid daerah Seberang Perai Utara dalam usaha mengaktifkan biro belia masjid dengan melibat sama biro belia masjid dalam program berbentuk kesukanan.