Program ini adalah usaha membina jaringan ruang perbincangan dua hala untuk memberikan ruang kepada mahasiswa memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai dasar dan program Kerajaan Negeri antaranya Khaira Ummah 2030.
Objektif
- Menjayakan salah satu teras dalam Khaira Ummah 2030 iaitu Teras Anak Muda yang diketuai oleh Yayasan Islam Pulau Pinang.
- Memperkenalkan agenda Khaira Ummah 2030 kepada kepimpinan Mahasiswa Islam yang sedang menuntut dalam dan luar negeri.
- Membina jaringan ruang perbincangan dua hala antara Mahasiswa dan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- Memberikan ruang kepada mahasiswa memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai dasar Khaira Ummah 2030.