Baitul Hikmah

Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah

Yayasan Islam Pulau Pinang akan melancarkan sebuah pusat komuniti khusus untuk golongan remaja yang berusia 10 hingga 20 tahun. Pusat komuniti belia ini menyediakan ruang selamat untuk belajar, membaca buku dan bersosial secara sihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah mereka. Oleh itu, kami memerlukan tenaga kerja sukarelawan …

Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah Read More »

Kelas Pengenalan Internet

Remaja yang hadir ke Baitul Hikmah hari ini telah meluangkan masa lapang untuk belajar melayari internet menggunakan peranti seperti laptop, tablet dan telefon pintar. Media massa penting dalam sesi pembelajaran abad ke-21, jadi mereka tidak melepaskan peluang untuk menerokai dunia digital dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di Baitul Hikmah.

Kelas Rekaan Poster Menggunakan Canva

Belia yang hadir ke Baitul Hikmah hari ini telah mengisi masa terluang dengan mempelajari mengenai asas serta cara menghasilkan poster ringkas menggunakan perisian Canva.Mereka juga dapat mengembangkan bakat disamping mengasah kreativiti masing masing dalam menghasilkan sesuatu rekaan grafik secara asas.

Kelas Pengajian Asas Al-Quran

Belia yang tinggal di kawasan sekitar Baitul Hikmah hadir untuk mempelajari mengenai asas Al-Quran setelah solat Asar berjemaah di surau Al Muhajirin, Flat PPR Jalan Sungai. Selain itu, mereka juga dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan kerja sekolah dan melakukan aktiviti berkumpulan bersama rakan.

Majlis Perasmian Baitul Hikmah- Yayasan Islam Pulau Pinang

Alhamdulillah Majlis Perasmian Baitul Hikmah – Yayasan Islam Pulau Pinang telah berlangsung dengan sempurna di Dewan Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai, Jelutong, Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai, Jelutong, Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang …

Majlis Perasmian Baitul Hikmah- Yayasan Islam Pulau Pinang Read More »

Info Baitul Hikmah

Harus diakui bahawa persekitaran yang selesa dan kondusif mempengaruhi fokus pembelajaran pelajar. Oleh itu, di Baitul Hikmah kami bukan sahaja menyediakan ruang untuk bersosial secara sihat bahkan disediakan juga ruang kepada pelajar sekolah untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah di sini. Mereka turut dibantu oleh sukarelawan anak muda yang mengendalikan Baitul Hikmah tersebut.

Kanak-Kanak Teruja Sertai Baitul Hikmah

Keterujaan anak-anak di Flat PPR Sungai Pinang yang hadir ke Baitul Hikmah selepas tamat waktu sekolah memberikan sambutan yang positif terhadap penubuhan pusat komuniti ini. Mereka datang bersama rakan-rakan untuk membuat aktiviti yang bermanfaat seperti menyiapkan kerja sekolah, membaca buku dan bermain di ruang selamat ini. “Saya selesa dan seronok mai sini sebab dapat bermain …

Kanak-Kanak Teruja Sertai Baitul Hikmah Read More »