Kanak-Kanak Teruja Sertai Baitul Hikmah

Keterujaan anak-anak di Flat PPR Sungai Pinang yang hadir ke Baitul Hikmah selepas tamat waktu sekolah memberikan sambutan yang positif terhadap penubuhan pusat komuniti ini. Mereka datang bersama rakan-rakan untuk membuat aktiviti yang bermanfaat seperti menyiapkan kerja sekolah, membaca buku dan bermain di ruang selamat ini.

“Saya selesa dan seronok mai sini sebab dapat bermain dan buat kerja sekolah sama-sama dengan kawan”, kata salah seorang belia yang hadir ke sini.

Baitul Hikmah sentiasa membuka pintu kepada anak muda yang ingin ‘melepak’ selepas waktu sekolah di sini. Perjalanan usaha murni ini masih di peringkat awal dan pelbagai aktiviti dan program yang akan disediakan bagi membantu anak-anak muda di kawasan ini terlibat dengan rutin aktiviti yang sihat.