Pameran Kisah Mak Teh Berangkat ke Tanah Suci

Pameran Kisah Mek Teh Berangkat Ke Tanah Suci oleh Penang Hajj Gallery x Me Sketch Studio bagi sambutan Hari Raya Aidiladha dan sekaligus meraikan sambutan Hari Warisan Bandar George Town telah siap dipasang di Taman Lebuh Armenian, George Town.

Jika anda melalui laluan ini, anda pasti tergamit dengan nostalgia perjalanan haji di Lebuh Acheh yang membuatkan Pulau Pinang pernah digelar sebagai ‘The Second Jeddah’. Kenapa digelar ‘The Second Jeddah’?

Kunjungi pameran ini dan anda akan mengetahui sejarahnya!