Bengkel Tulisan Jawi atau Tulisan Khat

Hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan kaum tidak menjadi penghalang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengenali dan mempelajari warisan budaya kaum yang lain.

Hari Warisan George Town pada 7 Julai 2022 kelmarin, Penang Hajj Gallery telah mengadakan aktiviti bengkel tulisan Jawi atau tulisan khat di Taman Lebuh Armenian. Anggaran lebih 200 orang pengunjung yang hadir ke booth Yayasan Islam Pulau Pinang untuk mempelajari tulisan khat.Turut dihadiri, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang, Encik Mohd Fitri Ibrahim untuk mengiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow 曹觀友 .