Alhamdulillah, Majlis Pendaftaran Pelajar Iltizam Huffaz bagi kemasukan sesi 2022/2023 telah berlangsung dengan cukup sempurna. Dari lensa hari pendaftaran, menyaksikan kesungguhan pelajar tahfiz untuk mendaftarkan diri bagi peperiksaan SPM. Ibu bapa dan mudir juga turut hadir untuk membantu para pelajar dan mendengar taklimat oleh YIPP dan Guru Pakar.
Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi, dan disusuli dengan taklimat pendaftaran SPM bersama ibu bapa dan pelajar. Turut hadir bersama meraikan kedatangan para pelajar baharu, Guru Pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang akan menyumbang tenaga dan ilmu bagi membantu para pelajar untuk mendapatkan sijil SPM. Warga Yayasan Islam Pulau Pinang mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan pengajian kepada semua pelajar. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu.