Program Tadarus dan Qiamullail KAFA Menengah Pulau Pinang

Salah satu usaha YIPP dalam memupuk generasi muda yang cintakan Al-Quran. Alhamdulillah, kelas tadarus KAFA Menengah Pulau Pinang dimulakan dengan solat dhuha yang diimamkan oleh Guru KAFA Menengah Pulau Pinang.

Aktiviti tadarus Al-Quran bagi kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan.
Aktiviti Tadarus Al-Quran adalah untuk persiapan Majlis Khatam Al-Quran nanti pada 23 April 2022 di Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baru. Semoga usaha ini menjadi saksi kepada pembangunan generasi muda di Pulau Pinang.

……………………………………………………….

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merupakan Agensi Kerajaan Negeri di bawah kawalselia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). YIPP diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang iaitu Kelas Asas Fardhu Ain untuk pelajar peringkat sekolah menengah.
Sehingga kini 11 buah masjid telah melaksanakan KAFA Menengah dengan lebih 360 orang pelajar. Usaha ini dibantu oleh Zakat Pulau Pinang. Berzakatlah di Zakat Pulau Pinang di www.zakatpenang2u.com