Satu rakaman dokumentari sejarah haji telah diadakan di Galeri Haji Pulau Pinang kelmarin oleh pihak Astro yang diketuai oleh Encik Hisham Abdullah , Pengarah Dokumentari bersama krew-krew penggambaran.
Antara artifak yang menjadi tumpuan pihak krew ini adalah Peti Sahara yang asal daripada peninggalan jemaah haji pada suatu ketika dahulu.
Rakaman ini turut melibatkan wajah dan suaranya yang ikonik sinonim dengan rancangan ‘Jejak Rasul’ dan ‘Misteri Nusantara’ iaitu Encik Zainal Ariffin Ismail.