Bengkel Pentaksiran dan Penggubalan Ujian KAFA Menengah Pulau Pinang

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Pentaksiran dan Penggubalan Ujian KAFA Menengah Pulau Pinang di AC by Marriott Hotel, Bukit Dumbar. Guru KAFA berkampung di hotel selama dua hari untuk menjayakan bengkel ini. Bengkel ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Hji. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dengan diiringi En Mohd Fitri bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Muhamad Asmadi Bin Mustakim, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan JAIS, Puan Azlinah Binti Paiman, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, JAIS, En. Mohammad Shihabuddin Bin Nor Roddin, Penolong Pengarah Kurikulum JAIS kerana telah membantu pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang.

Tidak lupa juga kepada Tuan Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang yang sudi hadir untuk merasmikan majlis penutupan bengkel tersebut.