Bengkel Asas Seni Khat Pulau Pinang

Bengkel Asas Seni Khat Pulau Pinang anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama SMK Tunku Puan Habsah di Jalan Sepoy Lines, Georgetown berjalan dengan lancar.
Seramai 250 orang pelajar sekolah menengah telah terlibat di dalam pelaksanaan bengkel ini dengan bimbingan daripada 3 orang tenaga pengajar khat yang berkemahiran.
YIPP sentiasa mengambil peluang untuk memperkenalkan Islam menerusi medium seni dan warisan. Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang mempunyai roh Islam serta mengenali dan mencintai tulisan jawi.