Lawatan Berkumpulan Dari Pelbagai Universiti

Penang Hajj Gallery (PHG) menerima lawatan berkumpulan daripada mahasiswa Universiti Sains Malaysia , Universiti Malaya , Kolej Matrikulasi Pulau Pinang , Pusat Asasi Uitm Dengkil dan pelajar sekolah menengah dari SMK Dato’ Onn Butterworth yang sedang menjalankan sebuah kajian mengenai pengalaman warisan budaya dalam kalangan belia di bawah pimpinan pensyarah & penyelidik dari Pusat Pengajian Komunikasi USM iaitu Prof Madya Dr Shuhaida Md Noor.
PHG sentiasa membuka pintu kepada mana-mana institusi yang berminat untuk mengadakan lawatan ke PHG.