Alhamdulillah Majlis Perasmian Baitul Hikmah – Yayasan Islam Pulau Pinang telah berlangsung dengan sempurna di Dewan Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai, Jelutong, Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai, Jelutong, Pulau Pinang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang.
Turut hadir YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Lim Siew Khim, ADUN Sungai Pinang, Tuan Rosli bin Halim, Pegawai Daerah Timur Laut, Encik Muhammad Nizam bin Samsudin, Ketua Pengarah Eksekutif ADAB Youth Garage ,Encik Mohd Fitri bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang, Encik Alaudin bin Abthahir ,Pengerusi Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai, Encik Mohamed Ishak bin Baba, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Taman Sri Pinang, Encik Muhamad Nayim bin Othuman Mydin, Pengerusi MPKK Kg Maqbul dan Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil ketua jabatan serta Sukarelawan Yayasan Islam Pulau Pinang.