Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah

Yayasan Islam Pulau Pinang akan melancarkan sebuah pusat komuniti khusus untuk golongan remaja yang berusia 10 hingga 20 tahun. Pusat komuniti belia ini menyediakan ruang selamat untuk belajar, membaca buku dan bersosial secara sihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah mereka.

Oleh itu, kami memerlukan tenaga kerja sukarelawan untuk menjaga pusat komuniti belia ini bagi memastikan pengoperasian di Baitul Hikmah berjalan dengan lancar dan selamat.

Sekiranya anda berminat boleh klik pautan di bawah atau scan QR code untuk pendaftaran:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Khairul:
wa.link/rdfzrm