Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang Tahun 2022

Sejarah!

Buat julung kalinya Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berjaya menganjurkan Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang dengan melibatkan pelajar KAFA Menengah dari semua lokasi bertempat di Mydin Mall, Bukit Mertajam.

Ihtifal Sanawi yang dilangsungkan kali ini melibatkan pertandingan seperti Tilawah, Hafazan, Khutbah, Kuiz dan Azan yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 5 petang.

Kehadiran YB Dato’ Ir. Hj Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) sebagai perasmi Majlis Penutup Ihtifal Sanawi beserta tetamu kehormat lainnya serta kehadiran wakil masjid dan ibu bapa memeriahkan lagi Ihtifal Sanawi kali ini.

YIPP mengucapkan jutaan tahniah buat para pemenang, pelajar, guru-guru, pihak masjid serta ibu bapa yang memberi dorongan dan bantuan dari awal hingga berakhirnya majlis.Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih buat pihak penaja yang menaja sepanjang ihtifal ini.

Juara : KAFA Menengah Masjid Jamek Al-Hidayah, Lahar Tiang
Naib Juara : KAFA Menengah Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai.
Ketiga : KAFA Menengah Masjid Jamek Kepala Gajah, Simpang Ampat.