Majlis Perasmian Iltizam Huffaz

Alhamdulillah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan satu Majlis Perasmian Iltizam Huffaz di Dewan Utama Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyyah, Penaga. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang.

Turut hadir YBhg. En Norhisham bin Ramli Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Sektorial, BPPB, ICU-JPM, YBhg. Encik Mohammad Aisamuddin bin Akob Timbalan Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Guru Pakar Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan beberapa Mudir Tahfiz Pulau Pinang.