Pertandingan Muazzin Muda Pulau Pinang

Pertandingan Muazzin Muda Pulau Pinang adalah untuk mencungkil bakat baru dalam seni suara azan dan membentuk pelapis masa hadapan untuk menjadi muazin di masjid.

Program ini telah berjaya mengumpulkan peserta seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang. Pihak pengurusan YIPP telah memilih hakim yang berwibawa daripada Masjid Negeri Pulau Pinang dan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah untuk menjadi juri hakim pertandingan.

Objektif

  • Mencungkil bakat baru dalam seni suara azan
  • Membentuk pelapis masa hadapan untuk menjadi muazzin di masjid.