Bengkel Asas Seni Khat Pulau Pinang

Program ini adalah untuk memperkenalkan penulisan khat kepada golongan muda disamping meraikan semula kesenian dan warisan Islam yang semakin hilang dalam kalangan masyarakat.

Terdapat beberapa pengisian yang diketengahkan bagi mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini. Antara pengisian dalam program Bengkel Asas Seni Khat Pulau Pinang :

  • Pengenalan Penulisan Khat
    • Program ini memberikan pendedahan tentang pengenalan serta jenis seni kaligrafi kepada para peserta supaya mereka lebih minat dan cenderung untuk menulis jawi dengan lebih baik.

  • Kemahiran asas dalam seni penulisan khat.
    • Peserta diberikan kemahiran asas dalam seni penulisan khat dan mempelajari kepelbagaian gaya penulisan kaligrafi untuk memastikan seni warisan yang menjadi simbolik umat Islam ini tidak ditindas dan ditinggalkan oleh generasi yang baharu.

Objektif

  • Melahirkan generasi yang mahir jawi /khat dan kaligrafi
  • Menanamkan minat dan cinta akan tulisan khat sebagai seni dan warisan negara.
  • Meningkatkan kemahiran serta teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat.
  • Menghargai seni penulisan khat.