Alhamdulillah.. berakhir sudah Bengkel Pedagogi KAFA Menengah Pulau Pinang.
Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu tenaga pengajar KAFA Menengah Pulau Pinang dalam mendidik pelajar-pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang dengan lebih efisien dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan matlamat KAFA Menengah Pulau Pinang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Muhammad Asmadi Bin Mustakim, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan JAIS, Puan Azlinah Binti Paiman, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JAIS, En Mohammad Shihabuddin Bin Nor Roddin, Penolong Pengarah Kurikulum JAIS dan Puan Muslihah Binti Hasan, Penolong Pengarah Kanan Unit Peperiksaan Dan Penilaian JAIS.
Perasmian penutup bengkel ini disempurnakan oleh Sahibus Saadah Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiringai Tuan Syed Mohd Nazli Bin Syed Ahmad, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan En Mohd Fitri bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang.
Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Teruskan usaha mendidik kerana “Mendidik adalah tanggungjawab setiap orang terdidik” – Anies Baswedan