Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Program Iltizam Huffaz bersama guru pakar yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga. Taklimat ini diterangkan oleh Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ustaz Yusuf bin Yaakob, Penolong Pengarah Unit Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci berkenaan dengan pelaksanaan program. Program Iltizam Huffaz ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan pelajar tahfiz di Pulau Pinang menduduki dan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023.