𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

Telah selesai Majlis Khatam Al-Quran KAFA Menengah Pulau Pinang anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama qaryah Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai yang menjadi tuan rumah buat pertama kali bagi majlis pada hari ini.

Lebih kurang 350 orang yang hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang dan diiringi oleh Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang, Encik Mohd Fitri bin Ibrahim.

Turut dihadiri Ustaz Syed Nazli Bin Syed Ahmad, Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Yang Arif Tuan Mohd Fadlan Bin Othman, Hakim Mahkamah Syariah Seberang Perai Tengah, En Ahmad Faizal Bin Mohamad Tahir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohd Nor Bin Daud, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, wakil dari Zakat Pulau Pinang, wakil dari Waqaf Pulau Pinang, wakil dari MAIMENGAJI.COM, wakil-wakil ketua jabatan, dan Pengerusi-pengerusi Masjid yang melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang.

Semoga Allah berikan rezeki lagi kepada kita semua kekuatan untuk menggandakan amalan dan terus beristiqamah hingga ke akhir hayat.