Perbincangan Program Iltizam Huffaz bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar YIPP serta kakitangan YIPP telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tujuan utama lawatan ke JAIS adalah untuk berterima kasih atas bantuan dan sokongan terhadap pelaksanaan KAFA Menengah di Pulau Pinang. Pihak YIPP juga belajar dan berkongsi tentang perancangan program laluan pintas(fast track) SPM bagi pelajar Tahfiz Pulau Pinang, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara YIPP dan JAIS.

Pihak YIPP akan terus bersemangat dan berusaha untuk melaksanakan program-program demi pembangunan ummah khususnya di Pulau Pinang.