Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang (KMPP) dengan jayanya telah dirasmikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Dato’ Syeikh Adnan, Penaga.
Yayasan Islam Pulau Pinang sebagai agensi pelaksana KAFA Menengah Pulau Pinang juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Masjid Dato’ Sheikh Adnan Penaga yang sudi memberikan ruang pelancaran KAFA Menengah dalam Majlis Perasmian Masjid Dato’ Sheikh Adnan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) atas sokongan padu juga dana dari Zakat Pulau Pinang (ZPP) dalam pelaksanaan program KAFA Menengah Pulau Pinang.
Program ini tidak akan berjaya tanpa.