Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merakamkan penghargaan kepada Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atas kesudian menerima kunjungan YIPP pada hari ini.

Dalam pertemuan tersebut Encik Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Besar YIPP telah membentangkan peranan YIPP sebagai agensi di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dalam pengukuhan pendidikan Islam di Pulau Pinang.

Pertemuan pada hari ini sangat bermakna dan memberikan impak positif dalam usaha mengukuhkan pendidikan Islam di Pulau Pinang.