Pengenalan Baitul Hikmah

Baitul Hikmah adalah sebuah pusat pembangunan komuniti yang memberikan fokus kepada belia untuk menyediakan satu ruang yang selamat untuk belajar, bermain dan bersosial dengan kawalan dan pemerhatian sukarelawan yang terlatih. Sukarelawan akan berada di Baitul Hikmah dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari untuk memantau dan melaksanakan program pendidikan, rohani dan jasmani kepada remaja di kawasan sekitar.

YIPP komited dalam membangunkan nilai modal insan yang berilmu pengetahuan (ulul albab) dan berakhlak mulia (akhlakul karimah) yang akan mencorakkan hala tuju ke arah merealisasikan Visi Penang 2030

Objektif Iltizam Huffaz

Mencegah golongan belia daripada terlibat dengan jenayah dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Menyediakan ruang selamat kepada anak muda agar tidak membuang masa dengan melepak di tempat yang berbahaya. Tujuan ini dapat membantu mereka dalam membangunkan sahsiah diri yang lebih baik.

Memperkukuhkan penghayatan agama dalam kalangan belia disamping membudayakan gaya hidup sihat meliputi aspek rohani dan jasmani.

Lokasi Baitul Hikmah

BAITUL HIKMAH YAYASAN ISLAM PULAU PINANG
No. 28-01-33, Taman Sri Pinang,
Jalan Sungai, 10150 George Town Pulau Pinang.
No tel: 04-2831994
0
Remaja
0
Sukarelawan

Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah

Yayasan Islam Pulau Pinang akan melancarkan sebuah pusat komuniti khusus untuk golongan remaja yang berusia 10 hingga 20 tahun. Pusat komuniti belia ini menyediakan ruang selamat untuk belajar, membaca buku...

Perbincangan Bersama Perbadanan Pengurusan Taman Sri Pinang

Perbincangan bagi pembukaan Baitul Hikmah di Flat Taman Sri Pinang, Jelutong. Selain itu, mengukuhkan hubungan antara komuniti Taman Sri Pinang dengan Yayasan Islam Pulau Pinang. Perbincangan ini melibatkan pegawai YIPP...

Kelas Pengenalan Internet

Remaja yang hadir ke Baitul Hikmah hari ini telah meluangkan masa lapang untuk belajar melayari internet menggunakan peranti seperti laptop, tablet dan telefon pintar. Media massa penting dalam sesi pembelajaran...

Kelas Rekaan Poster Menggunakan Canva

Belia yang hadir ke Baitul Hikmah hari ini telah mengisi masa terluang dengan mempelajari mengenai asas serta cara menghasilkan poster ringkas menggunakan perisian Canva.Mereka juga dapat mengembangkan bakat disamping mengasah...

Kelas Pengajian Asas Al-Quran

Belia yang tinggal di kawasan sekitar Baitul Hikmah hadir untuk mempelajari mengenai asas Al-Quran setelah solat Asar berjemaah di surau Al Muhajirin, Flat PPR Jalan Sungai. Selain itu, mereka juga...

Majlis Perasmian Baitul Hikmah- Yayasan Islam Pulau Pinang

Alhamdulillah Majlis Perasmian Baitul Hikmah – Yayasan Islam Pulau Pinang telah berlangsung dengan sempurna di Dewan Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai, Jelutong, Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti PPR...