Pembentangan Laporan Pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang Peringkat I kepada Pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP)
Pembentangan ini adalah untuk melaporkan kepada pihak Zakat Pulau Pinang tentang pelaksanaan dan perjalananProgram KAFA Menengah Pulau Pinang bermula September 2021 hingga 15 Januari 2022. Untuk makluman, Zakat Pulau Pinang merupakan penaja utama bagi pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang.