VAKSINASI | Secara ‘Walk-In’ Pelaksanaan walk-in untuk proses vaksinasi bagi negeri Pulau Pinang akan bermula pada esok, 8 September 2021 (Rabu) khas kepada warganegara. Pengoperasian 10 Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) terlibat adalah bermula 10 pagi. Bagi pengurusan kes-kes positif COVID-19, inisiatif-inisiatif terkini yang diambil Kerajaan Negeri atas usaha sama pelbagai pihak adalah Pengoperasian Pusat Panggilan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau CAC Call Centre; Pre Hospital Care di bawah Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 Pulau Pinang atau Penang Covid -19 Unified Command Centre (PUCC) dan Careline Gabungan PgCare atau PgCare Alliance. …………………………………. KENYATAAN MEDIA KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW BERTARIKH 7 SEPTEMBER 2021 DI KOMTAR, GEORGE TOWN _______________________________________ VAKSINASI WALK-IN BERMULA ESOK Pelaksanaan walk-in untuk proses vaksinasi bagi negeri Pulau Pinang akan bermula pada esok, 8 September 2021 (Rabu) khas kepada warganegara. Antara Pusat-pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) terlibat dengan waktu pengoperasian bermula 10 pagi adalah seperti berikut:- ~ PPV SPICE CC; ~ PPV Tapak Pesta Sungai Nibong; ~ PPV Kompleks Sukan Balik Pulau; ~ PPV Pusat Konvensyen Perda; ~ PPV Dewan Millenium; ~ PPV SP Arena; ~ PPV Tapak Ekspo Seberang Jaya; ~ PPV Vangohh Eminent; ~ PPV Dewan Sungai Bakap; ~ PPV Dewan Serbaguna Jawi. Tempoh masa pengoperasian yang ditetapkan adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kesesakan berasaskan prosedur operasi standard (SOP) di PPV-PPV tersenarai, dan beberapa kriteria adalah perlu dipatuhi sebagaimana berikut:- • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas; • Warganegara Malaysia – sila bawa MyKad bagi tujuan pengesahan; • Belum berdaftar / belum terima janji temu MySejahtera; • Secara ‘first come first served’; • Sila kemas kini MySejahtera sebelum ke PPV; • Pastikan anda tidak bergejala, bukan kontak rapat dan bukan dalam tempoh kuarantin. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang: Pengurusan COVID-19 sebentar tadi juga, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah memberi komitmen untuk menambah baik pengurusan masa tindak balas atau ‘response time’ dari pusat panggilan bagi memantau pesakit COVID-19 atau kontak rapat kepada seseorang disahkan positif yang menjalankan kuarantin kendiri di rumah, iaitu penambahbaikan tempoh masa tindak balas dari pusat panggilan antara 24 hingga 48 jam mengikut kategori pesakit sama ada berisiko tinggi atau rendah. Sebagai tambahan, bagi pengurusan kes-kes positif COVID-19, inisiatif-inisiatif terkini yang diambil Kerajaan Negeri atas usaha sama pelbagai pihak adalah:- (i) Pengoperasian Pusat Panggilan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau CAC Call Centre yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan talian Hotline 04 – 382 7143 / 04 – 382 7142; (ii) Pre Hospital Care di bawah Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 Pulau Pinang atau Penang Covid -19 Unified Command Centre (PUCC) yang telah ditambah baik dengan perkhidmatan panggilan 999 COVID-19 berserta penyediaan kemudahan pengangkutan untuk menghantar pesakit ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); (iii) Careline Gabungan PgCare atau PgCare Alliance, 04 – 642 7777 atau emel, pgcarealliance@gmail.com. ~