Siri 1 : Kisah Inspirasi KAFA Menengah Pulau Pinang Perlaksanaan Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang di Masjid Perintis 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐤𝐞𝐞𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐰𝐚𝐰𝐢. 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐠𝐮𝐫𝐮 KAFA Menengah At-Taqwa : “Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya untuk menjadi salah seorang guru KAFA Menengah Pulau Pinang yang bertempat di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas. Saya mula menyedari bahawa cabaran sebenar dalam menyampaikan ilmu terutamanya ilmu asas fardhu ain adalah kepada golongan pelajar yang terhenti pengajian agama setelah tamat darjah 6 iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Antara pengalaman yang dapat saya kongsikan dan tidak mungkin saya lupakan adalah ketika saya mula mengajar di sekolah ini. Permulaan dalam mengajar mereka agak rumit untuk mengikuti kelas kerana bukan kebiasaan mereka dengan ilmu sebegini. Namun selepas beberapa bulan KAFA Menengah Pulau Pinang berjalan mereka sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan pemahaman baru dan dengan cara pelajaran turath moden berkitab. Seterusnya, dengan menambahkan kaedah amali dalam pembelajaran saya dapati pelajar lebih cepat dan dapat memahami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas. Sepanjang dua tahun berjalan KAFA Menengah Pulau Pinang ini, saya percaya jika para pelajar lebih terdedah dengan kaedah pembelajaran yang menarik, maka para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajian yang dianggap tidak penting pada zaman ini. Dengan adanya KAFA Menengah Pulau Pinang sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memahami dan mendalami ilmu agama dan dipraktik di dalam kehidupan mereka.” …………………………………………………………………. KAFA Menengah Pulau Pinang merupakan usaha Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang. YIPP berharap agar Program KAFA Menengah Pulau Pinang ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada umat Islam. #kafamenengah #infoKAFAMenengah