Pembangunan Komuniti

Di bawah teras Pembangunan Komuniti, YIPP memfokuskan kepada usaha-usaha seperti berikut:

  1. Memberi pendedahan tentang kemahiran dan peluang kepada komuniti masyarakat setempat;
  2. Mengurangkan masalah sosial khususnya di kawasan PPR dan luar bandar;
  3. Membangunkan komuniti dengan program dan aktiviti ke arah meningkatkan “liveability” untuk meningkatkan kualiti hidup.

Program Inisiatif Membantu Usahawan Kecil Pasca PKP

Pihak YIPP telah bekerjasama pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Halal Foodie untuk membantu usahawan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Usaha ini adalah untuk membantu usahawan bagi mempromosikan perniagaan agar dapat bangun kembali selepas PKP dan menjana semula ekonomi mikro tempatan.

Kelas Al-quran Online Percuma

Akibat pengumuman PKPB kali kedua yang diumumkan kerajaan pada 9 November hingga 6 Disember 2020 telah menyebabkan sekolah dan IPT ditutup. Aktiviti pendidikan menjadi lebih terhad dan tidak dapat dilaksanakan secara fizikal. Oleh itu YIPP mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kelas al Quran Online sepanjang PKPB ini dengan kerjasama MengajiOnline.com bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Seramai 50 orang peserta berjaya meningkatkan kemahiran membaca al-Quran mereka hanya dalam tempoh sebulan

 

Program Intervensi Halatuju Inklusif (PRIHATIN)

Program ini merupakan sebuah program komuniti dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi golongan B40 yang bertemakan “Intervensi Halatuju Inklusif (PRIHATIN). Program ini bertujuan memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menimba ilmu perniagaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi dunia perniagaan sebenar.

 

6 kursus berkaitan perniagaan dan keusahawan dilaksanakan

17 usahawan dibimbing untuk menjalankan perniagaan dengan sistematik