Pembangunan Ekonomi dan Fizikal

YIPP berhasrat untuk merealisasikan Visi Penang 2030 Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat muslim di Pulau Pinang. Penumpuan Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Fizikal adalah untuk mencapai Tema A Visi Penang 2030 iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti kehidupan.

Β 

Bagi mencapai tujuan tersebut pihak YIPP akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkaitan untuk membangunkan projek bernilai tinggi. Pihak YIPP juga berhasrat untuk menjana pendapatan menerusi kaedah mengoptimumkan penggunaan tanah dan ruang yang bersesuaian.