𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣)

Nama Masjid : Masjid Melayu, Lebuh Acheh

Usia: 213 Tahun

Sejarah Ringkas: Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dibina pada tahun 1808 oleh Tunku Sayyid Hussain Al-Aidid, seorang pedagang rempah berketurunan Arab yang kaya dan juga merupakan keluarga diraja Acheh. Masjid ini telah dimasyurkan sebagai bangunan warisan kebangsaan pada tahun 2018. Sebelum ini, solat Jumaat diadakan secara bergilir-gilir antara Masjid Melayu Lebuh Acheh dengan Masjid Kapitan Keling. Namun begitu, pada tahun 2020 kedua-dua masjid tersebut mulai melaksanakan solat jumaat secara serentak.Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *