𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Kampung Perlis Balik Pulau. Usia : Lebih kurang 199 Tahun Sejarah Ringkas : Tarikh asal pembinaan masjid ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Dianggarkan masjid ini telah dibina selepas peristiwa Siam ke atas Kedah, iaitu lebih kurang pada tahun 𝟏𝟖𝟐𝟐. Idea pembinaan masjid ini dirintis oleh seorang guru agama yang menetap di Sungai Batu, iaitu Haji Abdullah yang mengajar agama di kampung tersebut. Masjid ini dikatakan dibina secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Perlis. Masjid asal Kampung Perlis ini dibina dengan menggunakan kayu. Pada peringkat awal, masjid ini dibina pada saiz yang kecil dengan hanya empat tiang seri sebelum ditambah menjadi enam batang apabila masjid ini diperbesar kemudian. Pada mulanya, penduduk kampung telah menggali sebuah telaga di belakang masjid untuk mendapatkan sumber air untuk berwuduk. Namun begitu, apabila air paip dibekalkan ke masjid, air telaga tidak lagi digunakan. Kemudian, masjid ini telah diperbesar dan dibaiki dengan menggunakan konkrit pada tahun 1945 hasil kutipan derma daripada penduduk kampung. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #penang2030