Pulau Pinang Mengajar Setelah lebih setahun pelaksanaan program ini, banyak cabaran suka dan duka telah ditempuhi bagi memastikan program ini dapat memberi manfaat khususnya kepada anak- anak asnaf B40 yang mempunyai masalah 3M (membaca, mengira dan menulis). Video ini didedikasikan khas buat semua penggerak program Pulau Pinang Mengajar yang selama ini berhempas-pulas bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih semua yang terlibat ! Mendidik adalah tugas setiap orang yang terdidik !