KAFA Menengah Pulau Pinang : Perbincangan YIPP Bersama Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baru, Perai dan Masjid As-Solihin Kepala Gajah, Simpang Ampat Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi dan Pengetua KAFA Rendah di Masjid Kepala Gajah dan Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru pada 8 dan 9 september 2021 untuk menyelaraskan sistem perlaksanaan program KAFA Menengah Pulau Pinang. InsyaAllah, KAFA Menengah Pulau Pinang akan mula dilaksanakan pada tahun 2022. Doakan semoga urusan ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah SWT. #YIPPpemangkinPembangunanUmmah #kafamenengah #infoKAFAMenengah