Pengenalan Pembangunan Insan

Pendidikan merupakan satu proses mendidik seseorang insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku serta sikap daripada negatif kepada positif. Pendidikan juga dapat mengembangkan potensi individu ke arah positif seperti membina akhlak, budi pekerti dan peribadi yang mulia. Malahan pendidikan membangunkan insan daripada aspek sosial iaitu sumbangan sesesorang kepada diri, masyarakat serta negara. Selain itu, pendidikan adalah penghubung kepada pembangunan insan seterusnya membantu ke arah pembangunan negara.

YIPP komited dalam membangunkan nilai modal insan yang berilmu pengetahuan (ulul albab) dan berakhlak mulia (akhlakul karimah) yang akan mencorakkan hala tuju ke arah merealisasikan Visi Penang 2030

Baitul Hikmah

Baitul Hikmah adalah sebuah pusat pembangunan komuniti yang memberikan fokus kepada belia untuk menyediakan satu ruang yang selamat untuk belajar, bermain dan bersosial dengan kawalan dan pemerhatian sukarelawan yang terlatih. Sukarelawan akan berada di Baitul Hikmah dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari untuk memantau dan melaksanakan program pendidikan, rohani dan jasmani kepada remaja di kawasan sekitar.

Pulau Pinang Mengajar

Program Pulau Pinang Mengajar anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang merupakan sebuah program pendidikan yang bermatlamat untuk membantu anak-anak golongan asnaf B40 meningkatkan tahap kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Gerakan #PulauPinangMengajar adalah sebuah gerakan yang mengumpulkan tenaga sukarela yang terdiri daripada anak muda untuk mengambil tanggungjawab memajukan pendidikan pelajar miskin di PPR dan luar bandar yang tertinggal.

Iltizam Huffaz

Iltizam Huffaz merupakan program koordinasi oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bagi memastikan pelajar Pusat Tahfiz yang berusia 17 Tahun ke atas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahfiz di Pulau Pinang dengan menggunakan khidmat Guru Pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan ditaja oleh Zakat Pulau Pinang.

Galeri Haji Pulau Pinang

Program Pulau Pinang Mengajar anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang merupakan sebuah program pendidikan yang bermatlamat untuk membantu anak-anak golongan asnaf B40 meningkatkan tahap kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Gerakan #PulauPinangMengajar adalah sebuah gerakan yang mengumpulkan tenaga sukarela yang terdiri daripada anak muda untuk mengambil tanggungjawab memajukan pendidikan pelajar miskin di PPR dan luar bandar yang tertinggal.

KAFA Menengah Pulau Pinang

Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta pengamalan Fardhu Ain kepada pelajar di peringkat sekolah menengah.

Teras Anak Muda Khaira Ummah 2030

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merangka Pelan Pembangunan Khaira Ummah 2030 dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Khaira Ummah 2030 melalui visinya iaitu “Mempersiap Umat Islam Yang Terbaik Untuk Pulau Pinang Menjelang Tahun 2030” dengan melaksanakan misi untuk “Memberdayakan Umat Islam Pulau Pinang Menerusi Program Pembangunan Keilmuan, Ekonomi, Kekeluargaan, Anak Muda & Kerohanian Menjelang Tahun 2030”