๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Tengah, Jalan Burmah Usia : Lebih kurang 129 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Tengah (dahulunya Masjid Haji Hamid) dibina oleh Krani Mahomed Meera namun maklumat tentang tarikh pengasasannya tidak diketahui. Setelah sekian lama berada dalam keadaan yang tidak terurus, pada tahun ๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ—๐Ÿ, Hadjee Abdul Hamid dan beberapa orang yang lain telah membaiki dan membina semula bahagian masjid yang telah runtuh itu. Sekitar 1940-an, tugas menjaga masjid dipikul oleh imam masjid berkenaan, Haji Mahmud (lebih dikenali sebagai Pak Mat). Selain menjadi imam, Haji Mahmud juga mengajar Quran secara percuma kepada penduduk kampung (perkampungan Melayu di Jalan Kedah). Pada masa itu, masjid ini tidak mempunyai nama khusus dan hanya dikenali sebagai masjid โ€˜Tik Tokโ€™. Nama โ€˜Tik Tokโ€™ diberi kerana pada masa itu, masjid tersebut menggunakan satu kayu yang berlubang di tengahnya dan diketuk dari dalam. Ketukan ini mengeluarkan bunyi โ€˜tik tokโ€™ untuk menunjukkan masuk waktu solat sebelum azan dilaungkan. Di sekitar Jalan Burmah, hanya masjid tersebut yang menggunakan peralatan seperti ini sehingga terkenal dengan nama Masjid Tik Tok. Pada dekad 1960-an, masjid ini kemudiannya diberi nama โ€˜Masjid Tengahโ€™ setelah dipersetujui oleh beberapa pihak. Nama ini dipilih kerana masjid ini berada di tengah-tengah di antara Masjid Titi Papan dan Masjid Tarik Air. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa