𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Permatang Pasir (Mosque) Balik Pulau Usia : 161 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Jamek Permatang Pasir dibuka pada tahun 𝟏𝟖𝟔𝟎 oleh beberapa individu yang dikenali sebagai peneroka awal Kampung Permatang Pasir iaitu Saad bin Lebai Ismail, To’ A’ak, Haji Mustapha bin Haji Jamhuri, Haji Abdul Kari, Haji Salleh bin Hitam. Nama Permatang Pasir diambil sempena bentuk muka bumi yang beralun- alun dan dipenuhi pasir putih. Masjid ini dibina secara bergotong oleh penduduk kampung menggunakan batu dan kayu merbau yang diperoleh dari kawasan sekitar Teluk Bahang. Dindingnya pula diperbuat daripada tanah liat merah yang dicampur telur untuk menguatkan lagi struktur binaan tersebut. Walaupun masjid ini hanya bersaiz kecil, ia masih dapat menampung jumlah jemaah dari kedua- dua kampung iaitu Kampung Permatang Pasir dan Kampung Sungai Rusa sehinggalah tertubuhnya masjid baru iaitu Masjid Sungai Rusa. Walau bagaimanapun, masjid ini tidak pernah dirobohkan cuma hanya menjalani beberapa fasa baik pulih dan naik taraf dari semasa ke semasa. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #Penang2030